MAKLUMAT KORPORAT

Kumpulan Syarikat TTL menyediakan khidmat penjualan dan sewaan mesin untuk membantu pelanggan mengembangkan perniagaan mereka. Kami merupakan antara syarikat yang menyokong sektor ekonomi utama seperti pembinaan, laut, minyak dan gas (baik di darat dan di luar pesisir), dan acara penting seperti Formula 1 (F1), perlumbaan motor Grand Prix, dan sebagainya.
Kumpulan TTL telah membina reputasi sebagai penyedia perkhidmatan khusus yang memfokuskan pada pengalaman dan kepuasan pelanggan sejak tahun 2008. Ketika ini kami mempunyai tiga cawangan di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Johor, dan Kemaman untuk memenuhi keperluan pelanggan kami di utara, selatan, timur dan barat negara. Kami merancang untuk membuka lebih cawangan pada masa hadapan untuk menyediakan liputan perkhidmatan yang lebih baik.

Kumpulan TTL telah membina reputasi sebagai penyedia perkhidmatan yang dipercayai di dalam sektor perkhidmatan mesin baru and rekondisi. Dengan cita-cita besar untuk menyebarkan sayap ke Asia Tenggara dan Asia, Kumpulan TTL bekerja secara agresif dengan rakan kongsi antarabangsa seperti Atlas Copco, yang telah melantik Kumpulan TTL sebagai pengedar sah di Malaysia sejak tahun 2020.

Sejak penubuhan kami 12 tahun yang lalu, kami komited dalam memimpin dan merevolusikan sektor industri dengan mengadopsi teknologi terkini di dalam memastikan kelancaran operasi harian kami. Perkembangan pesat yang dikecapi sepanjang penubuhan telah menjadikan kami sebagai salah sebuah syarikat yang mampu melalui fasa transformasi digital dalam kadar yang cepat. Perubahan daripada kaedah konvensional kepada digital ditonjolkan di dalam visi kami iaitu untuk meningkatkan keberkesanan dan penyampaian maklumat di antara satu sama yang lain, di mana TTL telah menggunakan platform di atas talian untuk memudahkan operasi dan komunikasi sambil memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami.
Reformasi secara berperingkat dilaksanakan telah memberi manfaat yang terbaik kepada tenaga kerja kami. Hari ini struktur organisasi dan unit perniagaan kami telah mencerminkan profesionalisme, kemahiran dan dedikasi. Tenaga kerja kami dilibatkan di dalam latihan di tempat kerja yang mendalam untuk memastikan peningkatan pengetahuan yang berterusan di antara tenaga kerja sokongan teknikal dan kawalan kualiti kami.
Hari ini, Kumpulan TTL berbangga sebagai pasukan yang inovatif dan berdedikasi untuk perkembangan yang berterusan melalui transformasi digital. Kami akan terus meningkatkan tahap perkhidmatan, iaitu melayani pelanggan kami dengan komitmen 100%. Berteraskan pada teknologi, semua perkhidmatan kami dari segi pentadbiran, penjualan hingga pemasaran, disistematikkan untuk memastikan pelanggan dapat mengalami pengalaman perkhidmatan yang cekap di setiap titik kontak.
Platform kami membolehkan anda dan semua pelanggan kami untuk mendapatkan apa yang anda perlukan tanpa gangguan ataupun masalah kekurangan kakitangan untuk melayani anda. Anda hanya perlu melayari laman web, memilih apa yang anda mahukan, membuat pesanan dan kami akan selesaikan segalanya untuk anda selepas itu. Platform kami juga memantau terlebih dahulu semua mesin di lokasi untuk memastikan 0% kerosakan, yang kini menjadi sebahagian daripada polisi kami.
 

Visi korporat

Untuk merevolusikan Industri Penjualan & Sewaan tradisional dengan terus mencabar keadaan semasa.

 

misi korporat

Menjadi pusat sehenti penyelesaian di dalam membekalkan kuasa sokongan yang menggunakan teknologi lestari terkini and memperkasa Asia dalam 5 tahun akan datang.


TERAS UTAMA SYARIKAT (T.I.P.S)

  1. Kerja Berpasukan ( Teamwork )
BERSATU DALAM MENERIMA DAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG CEKAP DAN PROFESSIONALISME BERMULA DARI PENUBUHAN, OPERASI, PENYELENGGARAAN DAN SOKONGAN TEKNIKAL.
 
  1. Inovatif ( Innovative )
MENGIKUTI TREN SEMASA PERKHIDMATAN KAMI SALING BERKAITAN DENGAN TEKNOLOGI TERKINI UNTUK MEMASTIKAN PENYAMPAIAN KAMI PADA STANDARD TERTINGGI DEMI MEMASTIKAN PRODUKTIVITI YANG MAKSUMUM UNTUK PARA PELANGGAN KAMI.
 
  1. Semangat ( Passionate )
DENGAN KECEMERLANGAN MENJADI SATU-SATUNYA PILIHAN KAMI, KAMI KOMITED UNTUK MEMBERIKAN HANYA YANG TERBAIK DARI PERKHIDMATAN YANG TERBAIK SERTA MEMASTIKAN PASUKAN SOKONGAN YANG BERDEDIKASI UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN PARA PELANGGAN KAMI. 
 
  1. Keselamatan ( Safety )
    • KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG SELAMAT DAN DIBENARKAN DENGAN LANGKAH-LANGKAH PENYELENGGARAAN PROAKTIF YANG MEMASTIKAN PRESTASI PERALATAN YANG KONSISTEN. 


KOMITMEN KAMI

1. Sifar Kerosakan Polisi

Mengadopsi teknologi membolehkan kami membuat pilihan dan melakukan penyelenggaraan ramalan, mengurangkan masa kerosakan, akhirnya meningkatkan kecekapan projek.
 
  1. Perkhidmatan Segera
Untuk mendorong kepantasan dan keberkesanan, kami sentiasa mengemas kini struktur “backend dan frontend” dan menerapkan teknologi yang lebih baru. Anda boleh membuat pesanan hanya dengan sekali klik sahaja, sementara itu anda boleh memberi fokus pada project anda yang lain.
 
  1. Pelepasan Carbon yang rendah
Ke arah model yang lebih lestari, kami menggunakan lebih banyak amalan hijau seperti beralih ke organisasi tanpa kertas dan memperkasakan tenaga kerja kami dengan menggunakan aplikasi di dalam talian.